2012

Hari ini merupakan hari terakhir Ustaz Wan Arrif bertugas di SK Mulong 2 dan beliau akan bertukar ke tempat barunya di SK Padang Garong 1. Seluruh warga SK Mulong 2 mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan semoga Ustaz Wan Arrif sentiasa berjaya dalam kariernya. 
 
Gambar atas menunjukkan Ust Wan Arrif menyampaikan 
hadiah kenang-kenangan kepada Pihak Sekolah. Terima kasih.
Sementara video di bawah sekali menunjukkan murid bersalam-salaman 
perpisahan dengan Ustaz kesayangan mereka

Satu Majlis Pelantikan Pelantikan Pengawas dan Pengawas Perpustakaan Sesi 2012 telah diadakan di Medan Perhimpunan pada pagi ini dengan dirasmikan oleh Ketua Balai Polis Nilam Puri.
Suasana pada majlis tersebut boleh dilihat dalam sedutan video di bawah.
  Para pengawas dan pengawas perpustakaan sedang mengambil tempat masing-masing
Ucapan perasmian dari Yang Setia Ketua Balai Polis Nilam Puri
Penyampaian watikah pelantikan oleh Yang Setia Ketua Balai Polis Nilam Puri

Pelancaran Program Guru Penyayang telah dilancarkan pada hari ini 1 Februari 2012 seawal pukul 7.00 dimana guru-guru SKM2 menyambut kedatangan ibubapa dan murid-murid ke sekolah dengan penuh mesra dengan semangat kekeluargaan yang murni.
 Guru-guru kita telah menyambut ketibaan ibubapa ke sekolah.
Guru besar menyampaikan hadiah kepada murid yang lahir pada 29/2 (tahun lompat) sempena pelancaran Pelancaran Program Guru Penyayang
Guru Besar sedang bertanya khabar kepada salah seorang ibubapa yang menghantar anaknya ke sekolah ini.

Kunjungan MAKNA yang penuh bermakna

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.