2011

Satu Majlis Penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin PPDKB Parlimen Kubang Kerian 2011 telah di adakan di Ruang Legar sekolah pada 2/11/2011 pukul 2.30 petang.
Ucapan Tn Hj Mohamad Nordin Hj Awang, Timbalan Keua UMNO Bahagian Kubang Kerian

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohamad Nordin Hj Awang, Timbalan Keua UMNO Bahagian Kubang Kerian. Seramai 203 penerima telah menerima bantuan tersebut.
Ucapan dari Puan Guru Besar
Tn Hj Mohamad Nordin Hj Awang sedang membahagikan bantuan KWAMP kepada salah seorang penerima bantuan.

Satu Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2011 telah diadakan di ruang legar SK Mulong 1 bermula 9.15 pagi. Seramai 144 orang pengkhatam alquran dengan perserta paling muda adalah dari Tahun 2 seramai 3 orang.
 Murid-murid sedang bersedia memperdengarkan bacaan AlQuran
 Murid-murid sedang memperdengarkan bacaan AlQuran.
Majlis berakhir dengan acara penyampaian duit zakat dan acara bersalaman sempena hari raya.

Satu solat hajat "naik rumah baru" bangunan pra sekolah telah di adakan di bangunan baru Pra Sekolah menandakan penerimaan bangunan tersebut daripada kontraktor. Turut sama menghadiri majlis tersebut ialah Puan Guru Besar Hj Marilah Abdullah dan beberapa orang guru dan kakitangan sekolah.
 Ustaz Sharifuddin mengimamkan solat hajat
 Antara yang hadir di majlis tersebut
 Puan Guru Besar juga turut serta
 Acara makan selepas solat hajat

Satu majlis perjumpaan ibubapa murid UPSR dengan pentadbir sekolah telah diadakan sejak semalam dan dijangka berakhir esok. Ini adalah kerana ia dibuat mengikut kumpulan kelas bertujuan supaya tumpuan yang lebih dapat dilakukan kepada setiap murid sekolah.
 Guru kelas sedang membahagi-bahagikan slip keputusan UBB3 kepada ibubapa.
 Puan Guru Besar bersama PK Pentadbiran sedang sibuk melayan ibubapa dalam sesi soaljawab
Antara ibubapa yang hadir

Kunjungan MAKNA yang penuh bermakna

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.